Categories
GLOBAL

Skandal 1MDB: 2 bekas pegawai kanan BSI didakwa di Singapura

SINGAPURA 11 OKT: Polis Singapura mendakwa dua bekas pegawai kanan BSI, ketika siasatan berterusan yang membawa kepada penutupan cawangan bank swasta Switzerland di republik itu, Mei lalu.

Agensi berita antarabangsa Reuters melaporkan Yak Yew Chee ialah naib presiden kanan di BSI Singapura dan mengendalikan hubungan bank itu dengan 1MDB yang dilanda masalah, didakwa melakukan pemalsuan dan kegagalan mendedahkan transaksi mencurigakan.

Jabatan Hal Ehwal Komersial polis Singapura memfailkan dakwaan sama terhadap Yvonne Seah, bekas pengarah BSI.

1MDB-1024x731Mei lalu, bank pusat Singapura merujuk enam kakitangan dan pegawai kanan pengurusan BSI, termasuk Yak dan Seah kepada pendakwa raya untuk menilai jika mereka melakukan kesalahan.

Mei lalu, bank pusat Singapura mengarahkan penutupan operasi BSI di bandar raya itu, manakala Switzerland pula memulakan prosiding jenayah terhadap bank swasta itu.

Ia adalah antara tindakan keras antarabangsa yang terbesar dilakukan terhadap entiti kewangan yang berurusan dengan 1MDB.

EZY

Categories
NASIONAL

Singapura arah BSI Bank ditutup terbabit skandal 1MDB

SHAH ALAM 24 MEI: Pihak Berkuasa Kewangan Singapura mengarahkan BSI Bank, yang sedang disiasat berhubung urusannya dengan 1Malaysian Development Berhad (1MDB) supaya ditutup, lapor REUTERS

Bank Pusat Singapura menarik semula status bank saudagar yang diberikan kepada bank Switzerland di kota itu.

BSIAlasan diberikan termasuk “pelanggaran serius atas keperluan anti pengubahan wang haram, pengawasan operasi pengurusan bank yang lemah dan salah laku keterlaluan oleh beberapa kakitangan bank.

Tindakan seumpama itu belum pernah diambil oleh pihak berkuasa Singapura sejak tempoh 32 tahun.

“Ini adalah kali pertama Pihak Berkuasa Kewangan Singapura menarik semula kelulusan kepada bank saudagar sejak tahun 1984, apabila Jardine Fleming (Singapore) Pte Ltd ditutup untuk kesilapan serius dalam kerja penasihat,” dipetik laporan itu.

Bank saudagar adalah bank yang terbabit dalam urusniaga dengan syarikat dan bukannya individu ataupun orang perseorangan.

Pihak Berkuasa Kewangan Singapura berkata ia juga merujuk enam anggota pengurusan kanan dan kakitangan BSI Bank kepada pendakwa raya.

Pasukan pendakwaan Singapura menilai sama ada mereka melakukan sebarang kesalahan.

Laporan itu tidak menyatakan secara khusus sama ada jika BSI Bank diarahkan ditutup kerana urusannya dengan 1MDB tetapi bekas ahli bank berkenaan didakwa sebagai sebahagian daripada siasatan terhadap 1MDB.

Sementara itu, Channel News Asia melaporkan Pejabat Peguam Negara Switzerland membuka kertas siasatan terhadap BSI.

Dalam kenyataan medianya, siasatan itu berdasarkan maklumat dalam kes 1MDB dan isu yang tinbul dalam ‘Swiss Financial Market Supervisory Authority’ (FINMA).

Dalam perkembangan sama, Ketua Pegawai Eksekutif BSI Group, Stefano Coduri dilaporkan meletak jawatan serta merta susulan arahan penutupan cawangannya di Singapura oleh pihak berkuasa kewangan Singapura.

Coduri mengambil langkah itu selepas Pejabat Peguam Negera Switzerland (OAG) memulakan prosiding jenayah terhadap Bank BSI SA kerana gagal mencegah kesalahan berkaitan dengan 1MDB.

EZY