Categories
SELANGOR

Sultan cemar duli lawat kanak-kanak OKU

OLEH ERMIZI MUHAMAD

PETALING JAYA, 18 OKT: DYMM Sultan Sharafuddin Idris Shah mencemar duli melawat kanak-kanak istimewa di Persatuan Kanak-Kanak Spastik Selangor dan Wilayah Persekutuan di sini, pagi ini.

Keberangkatan tiba Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor, Tengku Permaisuri Norashikin dan Raja Muda Selangor, Tengku Amir Shah kira-kira jam 9.40 pagi.

Dalam lawatan ini, baginda berkenan meluangkan masa hampir dua jam beramah mesra serta melihat persembahan nyanyian, tarian daripada kanak-kanak istimewa ini serta melawat kelas-kelas pengajian sosial mereka.

Hadir sama dalam lawatan itu Dato’ Menteri Besar, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali dan isteri Datin Seri Shamshida Taharin serta Pengerusi Persatuan, Dato’ Dr Lam Peng Chong.

Sebelumnya, Pusat Kanak-Kanak Spastik ini sinonim sebagai sebuah pusat kebajikan yang sentiasa menjadi tumpuan masyarakat awam menerusi penglibatan badan kebajikan itu dalam perkembangan sosial kanak-kanak istimewa.

whatsapp-image-2016-10-18-at-12-43-35Antara fokus perkembangan pusat kebajikan ini menawarkan servis kaunseling kepada penjaga kanak-kanak istimewa dan pendidikan, terapi kesihatan bagi memastikan kanak-kanak ini mampu menikmati kehidupan sebaiknya.

Menariknya, pusat kebajikan ini menawarkan perkhidmatan kepada kanak-kanak istimewa secara percuma menerusi dana terkumpul daripada pelbagai badan bukan kerajaan NGO.

Atas perkembangan itu juga mendorong keprihatinan sokongan daripada baginda Sultan dan bantuan berterusan daripada pentadbiran negeri melibatkan kemudahan fasiliti dan penambaikan operasinya.

Mula beroperasi sejak 1960, pusat kebajikan ini terus optimis menyediakan perkhidmatan bantuan sosial kepada kanak-kanak istimewa khususnya di sekitar Kuala Lumpur dan Selangor.

EZY