Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Tidak terima faedah punca rakan Umno bantah persempadanan semula

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 3 OKT: Syor Cadangan Kajian Persempadan Semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) yang sedang dipamerkan kepada umum turut mendapat bantahan rakan Umno dalam Barisan Nasional (BN).

Naib Presiden Parti Keadilan Rakyat (KEADILAN), Tian Chua berkata, bantahan yang dibuat komponen BN itu ekoran parti mereka tidak mendapat sebarang faedah daripada persempadanan semula itu seperti dinikmati Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Razak dan Umno.

“Saya tidak rasa mereka membantah bagi memberi justifikasi kepada SPR untuk menolak semua bantahan nanti tetapi kerana tidak berpuas hati disebabkan persempadanan semula itu hanya membantu Najib mengekalkan kuasa.

tian-chua-pc-pkr-01“Pada masa sama bukan sahaja tidak dapat sebarang faedah, malahan boleh menjejaskan mereka.

“Ini juga membuktikan BN hanya menjaga kepentingan beberapa pemimpin mereka sahaja dan menyebabkan sesetengah pihak khususnya parti komponen mereka tidak berpuas hati,” katanya ketika dihubungi, SelangorKini di sini, hari ini.

Katanya, bantahan dibuat bukan berdasarkan menang atau kalah tetapi prinsip menuntut pilihan raya bersih dan adil tanpa dikotori dengan tindakan manipulasi untuk membantu Umno, berbanding KEADILAN.

“Persempadanan semula ini juga melebarkan lagi polarisasi kaum dan pembahagian kawasan pentadbiran yang tidak masuk akal,” katanya.

-NFN-