Categories
KENYATAAN MEDIA

Bebaskan tahanan BERSIH 5.0

OLEH DR DAROYAH ALWI

Wanita Keadilan mengecam tindakan PDRM yang telah menyerbu seterusnya menahan Ketua Wanita Keadilan Pusat merangkap Ahli Parlimen Ampang, YB Zuraida Kamaruddin di kediamannya tengah malam tadi.

Tindakan ini semakin jelas menunjukkan pihak berkuasa terutamanya Barisan Nasional (BN) begitu takut dgn suara pemimpin-pemimpin pembangkang termasuk suara wanita.

Siri intimidasi PDRM ini dijangka akan berterusan untuk menekan mana-mana pemimpin yang membawa suara rakyat.

Tengah malam tadi, mereka tanpa segan silu telah menyerbu kediaman dan menahan pimpinan wanita YB Zuraida Kamaruddin di bawah Seksyen 147 Akta Kanun Kesiksaan yang pada mulanya dibawa ke IPK KL sebelum dipindahkan ke Jinjang pada malam yang sama.

Sebelum itu, PDRM juga telah menahan Maria Chin (Pengerusi Bersih) di bawah Akta SOSMA dan Anis Syafiqah (pimpinan mahasiswa).

Di Malaysia, siapa yang bersama dan menyampaikan suara serta hasrat rakyat yang tertindas terus dipersalahkan, penguasa rakus yang menindas terus berkuasa.

Sedangkan Bersih 5 semalam terbukti berhimpun secara aman dan peserta sentiasa memberi kerjasama yang baik kepada PDRM, kami hanya menuntut 5 perkara dan bukan mahu mencetuskan huru hara, kami berjaya melakukannya dengan aman.

Pemimpin BN terus buta dan tidak sedar akan kebejatan yang telah mereka lakukan terhadap negara malah menuding jari kepada pimpinan pembangkang.

Pemimpin kleptokrasi inilah yang membuatkan rakyat Malaysia semakin hari semakin benci dan marah kepada mereka.

Kami tidak akan mengalah, kami pasti lawan.

Oleh yang demikian, malam ini Wanita Keadilan mengajak semua untuk menunjukkan solidariti kita kepada 13 pimpinan yang setakat ini ditahan bertempat di Lokap Berpusat Jinjang pada jam 8.30 malam, mereka tidak bersendirian.
Y

* DR DAROYAH ALWI adalah
Naib Ketua Wanita PKR Pusat
dan Timbalan Ketua Wanita Selangor