Categories
NASIONAL

Dagangan awal, Ringgit dibuka tinggi

KUALA LUMPUR: Ringgit diniagakan sedikit tinggi berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) hari ini berikutan minat belian lebih baik dan di sebalik penurunan harga minyak mentah global, kata peniaga.

Pada jam 9 pagi, unit tempatan meningkat berbanding dolar AS pada 4,4550/4600 daripada 4,4580/4700 pada Jumaat lalu.

Harga minyak mentah dunia turun lagi di tengah-tengah kebimbangan terhadap keputusan mesyuarat Pertubuhan Negara-negara Pengeksport Petroleum (OPEC) minggu ini.

Brent mentah berada pada AS$46.40 setong, turun 84 cents, manakala West Texas Intermediate (WTI) mentah AS jatuh 74 cents kepada AS$45.32 setong.

Sementara itu, ringgit lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Unit tempatan diniagakan rendah berbanding dolar Singapura pada 3,1285/1325 daripada 3,1090/1191.

Ia turun berbanding yen kepada 3,9653/9701 daripada 3,9174/9283 Jumaat lalu.

Ringgit lebih rendah berbanding euro pada 4,7334/7392 daripada 4,7023/7154 dan pound British pada 5,5576/5652 daripada 5,5475/5643. – BERNAMA.

-nR-