Categories
NASIONAL

IlMUAN: Tanpa TPPA Malaysia mampu terus berkembang

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 23 NOV: Malaysia masih mempunyai peluang dan pertumbuhan yang positif dalam banyak bidang walau tanpa Perjanjian Perkongsian Trans-Pasifik (TPPA).

Timbalan Presiden Ikatan Ilmuan Nasional (IlMUAN), Mazli Noor berkata, walau tanpa TPPA, Malaysia masih mempunyai perjanjian perdagangan serantau lebih mesra seperti ASEAN Economic Community (AEC) dan Regional Comprehensive Economic Partnership (RCEP).

“Ketika ini, AEC, yang berkuat kuasa 1 Januari lalu, berkembang pada 4 peratus setahun.

“AEC menawarkan pasaran serta pangkalan pengeluaran tunggal kepada negara anggota Asean, yang antara lain melibatkan aliran bebas barangan, pelaburan, modal serta buruh mahir,” katanya.

Tambahan pula, dengan negara China antara menjadi ahli penting dalam RCEP, Malaysia mempunyai saluran ditubuhkan untuk bersaing dengan berkesan dalam RCEP.

“Walaupun sebelum ini kita risau mengenai masa depan TPPA kerana presiden AS yang dipilih, Donald Trump tidak bersetuju dengan perjanjian tersebut.

“Namun, kini kita lihat jika Malaysia meningkatkan penglibatannya dalam AEC dan RCEP, dan bukannya bimbang tentang TPPA, ekonomi Malaysia dapat berkembang lebih pesat dan mampan,” katanya.

=EZY=