Categories
NASIONAL

Jamal cetus keganasan bebas merayau, MP bersuara di Parlimen ditahan

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 15 NOV: Ahli Parlimen Seputeh, Teresa Kok kesal apabila Ahli Parlimen Pandan, Rafizi Ramli dipenjarakan selepas bersalah oleh Mahkamah Seksyen kerana mendedahkan laporan penyelewengan 1 Malaysia Development Berhad (1MDB) dalam Laporan Ketua Audit Negara di Dewan Rakyat

Katanya, sebaliknya Ketua Umno Sungai Besar, Datuk Seri Jamal Md Yunos terang-terang mencetuskan keganasan masih bebas berkeliaran tanpa dikenakan tindakan.

“Kita lihat institusi di Malaysia memang bermasalah. Pandan dijatuhkan hukuman kerana membongkarkan Akta Rahsia Rasmi (OSA) tetapi laporan OSA di bawah laporan PAC

“Kita lihat Jamal pergi mana-mana merayau-rayau. Dia tidak hadapi masalah walaupun mencetuskan keganasan tetapi Ahli Parlimen bercakap di Dewan disiasat polis,” kata Teresa dalam sesi perbahasan di Dewan Rakyat di sini, semalam.

Jelasnya, kejadian itu mampu menjejaskan kewibawaan institusi parlimen, polis dan juga kehakiman yang akhirnya memberi kesan terhadap keyakinan pelabur asing.

Terdahulu, pemimin Pakatan dan badan bukan kerajaan (NGO) mengutuk tindakan menjatuhkan hukuman penjara 18 bulan terhadap Rafizi kerana melanggar Akta Rahsia Rasmi (OSA).

EZY