Categories
SELANGOR

Konsert Ambang 2017: Zamani mahu gegar peminat di Morib

OLEH ERMIZI MUHAMAD

KUALA LANGAT, 17 NOV : Selepas kejayaan Konsert Kurnia 20 tahun, vokalis kumpulan Slam, Zamani bakal menghiburkan peminatnya pada sambutan Konsert Ambang 2017 di Morib, 31 Disember ini.

Mengakui kali pertama menjejakkan kaki ke Pantai Morib, pelantun lagu Gerimis Mengundang itu menjanjikan persembahan terbaik buat peminatnya.

“Kita belum tentukan lagi lagu apa yang akan saya nyanyikan, tetapi perancangannya mungkin enam atau tujuh buah lagu.

“Ada juga perancangan untuk saya nyanyikan lagu ‘cover song’ atau lagu-lagu yang belum pernah saya nyanyikan sebelum ini,” katanya pada sidang media di Gold Coast Morib, semalam.

konsert-ambang-2017Hadir sama, Pengarah Urusan Gold Coast Morib International Resort, Datuk Dr Alex Tan, Pengarah Urusan Hotel, Andy Chong dan beberapa selebriti tempatan lain.

Konsert bertemakan ‘Kembali Terjalin’ diadakan di Gold Coast International Morib Resort turut menampilkan persembahan istimewa penyanyi jemputan Sarah Fazny diiringi kumpulan pemuzik Satira and Friends.

Menurut Zamani, atau nama sebenarnya Zamani Ibrahim, dirinya yakin persembahan julung kalinya di Morib itu bakal memberikan sentuhan istimewa buat penggemar lagu-lagunya.

“Kalau hendak diceritakan tentang keistimewaan konsert malam itu nanti, ia tentunya tidak lagi menjadi sesuatu yang istimewa jika saya bagi tahu apa yang menariknya.

“Jadi peminat perlulah hadir dan sama-sama menonton persembahan saya dan rakan-rakan artis yang lain,” katanya.

Sementara itu, Andy dalam sidang media sama berkata, penganjuran konsert berkenaan diyakini mampu menarik lebih ramai pengunjung ke Pantai Morib.

15066016_36_zBeliau berkata, lokasi berkenaan berpontensi besar menjadi tarikan pelancongan kepada penduduk sekitar Lembah Klang dan Selangor susulan kedudukannya yang berdekatan dengan Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA 1 dan KLIA 2).

Tiket-tiket konsert dijual serendah RM55, dan boleh ditempah di talian hotline 03-31981028 atau membuat carian di www.gcr.com.my.

Difahamkan, sehingga kini 700 tiket sudah mula terjual dan terhad kepada penjualan 2000 keping tiket.

-nR-