Categories
NASIONAL

Laluan utama ditutup, KL sunyi tanpa deruman kenderaan

OLEH HAFIZAN TAIB

KUALA LUMPUR, 19 NOV: Tindakan polis menutup beberapa laluan jalan raya sejak awal pagi menjadikan bandar raya ini kelihatan lengang dan sunyi tanpa deruman kenderaan bermotor.

Penutupan itu dilakukan pihak berkuasa berikutan perhimpunan BERSIH 5 dan menghalang pertembungan kumpulan baju kuning dan merah.

BERSIH 5 digerakkan badan bukan kerajaan (NGO), BERSIH 2.0 bagi menuntut menuntut pilihanraya bersih dan adil, kerajaan bersih, memperkukuhkan demokrasi berparlimen, hak membantah serta memperkasa Sabah dan Sarawak.

Bagaimanapun, gerakan dijalankan itu mendapat tentangan Gerakan Baju Merah pro Barisan Nasional (BN) berikrar akan berusaha menyekat kemaraan kumpulan baju kuning.

Antara laluan ditutup ialah Jalan Raja Laut, Jalan Tun Perak dan Jalan Tuanku Abdul Rahman serta beberapa laluan lain bagi menghalang peserta memasuki Dataran Merdeka juga Dataran Bandaraya Kuala Lumpur.

Selain kumpulan baju kuning dan merah, terdapat dua kumpulan lain turut serta dalam demonstrasi jalanan itu iaitu baju putih dan hitam.

-nR-