Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Projek naik taraf Sungai Cemubung dijangka Mac 2017

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 NOV: Kerja fizikal projek naik taraf Sungai Cemubung di Kampung Bahagia, Lagong, dijadual bermula pada Mac 2017.

zaidy-dunExco Infrastruktur dan Kemudahan Awam, Permodenan Pertanian dan Industri, Zaidy Abdul Talib berkata, tender berhubung projek berkenaan dijangka diiklankan, pada Januari 2017.

“Tahun ini, Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) Selangor menerima peruntukan berjumlah RM500,000.

“Peruntukan ini adalah untuk perbelanjaan lantikan perunding dan juruukur. Lantikan sudah dibuat serta masih di fasa reka bentuk terperinci,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan daripada Ahli Dewan Negeri (ADN) Paya Jaras, Mohd Khairuddin Othman berhubung projek naik taraf itu.

-NFN-