Categories
EKONOMI

Ringgit dibuka rendah berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 2 NOV: Ringgit dibuka lebih rendah berbanding dolar Amerika Syarikat (AS) dan mata wang utama hari ini, menyusul selepas kejatuhan harga minyak mentah, kata peniaga.

Pada 9 pagi, ringgit disebut pada 4.1850/1930 berbanding dolar 4.1790/1840 pada penutup Selasa, lapor BERNAMA.

Minyak mentah Brent jatuh 22 sen kepada AS$47.92. Seorang peniaga berkata, ringgit lemah turut disebabkan ketidaktentuan politik di AS, menjelang pilihan raya Presiden, minggu depan.

Unit tempatan itu susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0104/0165 dari 3.0056/0105 pada Selasa dan jatuh berbanding yen kepada 4.0213/0294 dari 3.9823/9874.

Ringgit juga jatuh berbanding pound British kepada 5.1216/1335 dari 5.1151/1233 dan susut berbanding euro kepada 4.6253/6354 dari 4.5940/5007.

EZY