Categories
EKONOMI

Ringgit diniaga 4.3250/3350 berbanding dolar AS

KUALA LUMPUR 15 NOV: Ringgit dibuka tidak berubah berbanding dolar AS hari ini, walaupun meningkatnya kebimbangan berhubung jangkaan kenaikan kadar faedah oleh Rizab Persekutuan (Fed) bulan depan.

Pada jam 9.20 pagi, unit tempatan diniagakan kepada 4.3250/3350 berbanding dolar AS, lapor BERNAMA.

Penganalisis FXTM Research, Lukman Otunuga berkata, peningkatan dolar yang dilengkapi dengan keyakinan berikutan pengumuman perbelanjaan dan peningkatan semula inflasi pentadbiran Presiden yang baharu dipilih, Donald Trump yang mana langkah itu menyokong pertumbuhan ekonomi AS.

“Sentimen meningkat terhadap dolar AS dan sebanyak 81 peratus kebarangkalian kepada kenaikan kadar faedah sebelum akhir tahun,” katanya dalam satu kenyataan.

Beliau berkata tumpuan hari ini mungkin terarah kepada data jualan runcit AS, di mana jika ia melebihi jangkaan, ia mungkin menambah kumpulan data ekonomi yang mana menunjukkan isyarat kestabilan ekonomi di AS.

Unit tempatan diniagakan kebanyakan lebih rendah berbanding mata wang utama lain.

Ia susut berbanding dolar Singapura kepada 3.0643/0719 dari 3.0548/0632 pada Isnin dan pound kepada 5.4058/4196 dari 5.3972/3114.

Ringgit susut berbanding euro kepada 4.6563/6675 dari 4.6520/6636 sebelumnya, namun meningkat berbanding yen kepada 4.0076/0187 dari 4.0087/0210.

EZY