Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

RM2.6 juta jayakan program INSAN

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 4 NOV: Sejumlah RM2.6 juta dibelanja setakat 19 Oktober lalu bagi menjayakan program INSAN tahun ini.

nik-nazmi-dunExco Pendidikan, Pembangunan Modal Insan, Sains, Teknologi dan Inovasi, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, sebanyak 138 program dijalankan dalam tempoh sama.

“Manakala peserta yang mengikut Program INSAN ini bermula Januari hingga 19 Oktober lalu adalah 6,088 orang melibatkan kategori peserta.

“Antaranya remaja, belia, pelajar IPT, warga pendidik, penjawat awam, pimpinan masyarakat, keluarga, skuad INSAN, briged wanita dan komuniti,” katanya di Dewan Negeri Selangor (DNS), hari ini.

Beliau berkata demikian bagi menjawab pertanyaan lisan Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari berhubung program INSAN.

INSAN merupakan penjenamaan semula program Spiritual, Physical, Intelektual, Emosi dan Sosial (SPIES).

-NFN-