Categories
SELANGOR

RM3.781 bilion pelaburan asing ke PBT Selangor sepanjang 2015

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 3 NOV: Kerajaan Negeri meluluskan projek perkilangan membabitkan penyertaan pelabur asing di kawasan pihak berkuasa tempatan (PBT) dengan jumpah pelaburan RM3.781 bilion sepanjang 2015.

Exco Pelaburan, Perindustrian (IKS) & Perdagangan dan Pengangkutan, Dato’ Teng Chang Kim, berkata pelaburan dilakukan hampir semua PBT membabitkan hasil 222 projek serta menyediakan 14,139 peluang pekerjaan.

“Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA) mencatatkan jumpah pelaburan tertinggi sebanyak RM1.569 bilion melalui 44 projek serta 2,948 peluang pekerjaan diikuti Majlis Perbandaran Klang dengan RM698.3 juta melalui 53 projek dan 3,793 peluang pekerjaan, Majlis Perbandaran Sepang (RM587 juta, dua, 323), Majlis Perbandaran Kajang, (RM224.1 juta, 17, 1,041) dan Majlis Perbandaran Selayang (RM191.7 juta, 18, 1,119).

“Tidak terkecuali Majlis Bandaraya Petaling Jaya (RM185.5 juta, 15, 847), Majlis Perbandaran Kajang (RM172.9 juta, 28, 1,628), Majlis Daerah Kuala Selangor (RM60.5 juta, enam, 348), Majlis Perbandaran Subang Jaya (RM56.1 juta, 24, 917), Majlis Perbandaran Hulu Selangor (RM20.6 juta, 10, 701) dan kawasan lain (RM15.1 juta, lima, 474), ” katanya.

teng-dunBeliau berkata demikian menjawab pertanyaan lisan Lai Nyuk Lan (Sungai Pelek – DAP) dalam sidang Dewan Negeri Selangor (DNS), di sini, hari ini.

Mengulas lanjut, beliau berkata, sebanyak 10 rombongan lawatan ke luar negara dibiayai Kerajaan Negeri bagi merancakan pelaburan asing ke negeri itu pada tahun sama dengan jumlah keseluruhan RM901,242.70.

Daripada jumlah itu, Chang Kim menjelaskan, tujuh diketuainya sendiri iaitu Misi Pelaburan dan Perdagangan ke Singapura pada 2 hingga 3 Mac 2015 dengan kos RM114,678.54, Penyertaan Dalam ‘Annual Investment Meeting 2015, Dubai’ (28 Mac – 2 April 2015, RM21,390) dan Misi Pelaburan dan Perdagangan ke India (Chennai dan Mumbai) (19 – 23 April 2015, RM84,098.34).

“Misi lain ialah Penyertaan Misi Perdangan dan Pelaburan Bio ke Italy (Italy dan UK) dan Us (Milan, San Francisco dan Philadelphia) anjuran Biotehcorp Malaysia (6 – 20 Jun 2015, RM128,418.81), Misi Pelaburan Manila dan Bangkok (3 – 8 Ogos 2015, RM36,846).

“Misi Pelaburan dan Perdagangan China (Guangzhou, Dkngguan dan Shenzen) dan Taiwan (Kaohsiung dan Taipei) (9 – 16 Ogos 2015, RM130,300.71) serta Misi Pelaburan dan Perdagangan Singapura dan Indonesia (1 – 4 September 2015, RM82,914.61),” katanya.

-nR-