Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Tun M: 1 Logo, 1 calon hadapi BN dalam PRU

OLEH NAZLI IBRAHIM

SHAH ALAM, 12 NOV: Pakatan Harapan disaran mendaftarkan konsensus mereka secara rasmi bagi membolehkan satu simbol rasmi digunakan dalam pilihan raya akan datang.

Pengerusi Parti Peribumi Rakyat Bersatu (Bersatu), Tun Dr Mahathir Mohamed berkata, penggunaan simbol yang seragam dalam pilihan raya mampu memberi peluang yang lebih cerah untuk Pakatan menumbangkan Barisan Nasional (BN).

“Saya pernah hadapi lima pilihan raya dan menang kesemuanya tetapi bukanlah kerana BN buat semua bagus tetapi pembangkang tidak bersatu.

img_6286“Maka Pakatan haruslah menggunakan satu simbol dan satu calon dalam pilihan raya akan datang,” kata Dr Mahathir pada ucapannya di Kongres Pakatan di DICC di sini, hari ini.

Jelas bekas Perdana Menteri Malaysia keempat itu, semua parti komponen Pakatan haruslah menggunakan satu indentiti sahaja dalam pilihan raya bagi menggantikan indentiti parti masing-masing.

Katanya perkara ini sudah lama dipraktikkan oleh BN dengan menggunakan simbol dacing dan kapal layar pada era Parti Perikatan.

EZY