Categories
SELANGOR

UNISEL raih emas di ISCIIID

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 27 NOV: Universiti Selangor (UNISEL) sekali lagi berjaya mencipta nama di persada antarabangsa apabila mengunguli pingat emas di International Exposition on Shariah Compliant Idea, Invention, Innovation & Design yang diadakan Bluewave Hotel, Shah Alam, 22 November lalu.

Kejayaan itu diraih menerusi penghasilan Modul Celik Quran Bestari ciptaan Pensyarah Kanan Jabatan Kejuruteraan, Fakulti Kejuruteraan dan Sains Hayat, Muhammad Nazir Mohammed Khalid.

Karya yang mengandungi enam modul iaitu Smart Al-Fatihah, Pintar Al-Quran, Celik Doa, Bijak Zikrullah, Solat Bestari dan Belajar Tajwid itu mengungguli kategori Professional/Akademik dalam pertandingan berlangsung dua hari anjuran Universiti Teknologi Mara (UiTM).

Majlis penyampaian hadiah disempurnakan Timbalan Mufti Selangor, Sahibus Samahah Dr Anhar Opir.2

-nR-