Categories
SUKANKINI

Dua pemain lagi tinggalkan Red Giants

SHAH ALAM 20 DIS: Dua pemain Selangor, Shahrom Kalam dan Hafiz Kamal sah menyertai The Bos Gaurus untuk kempen Liga Malaysia 2017.

Perkara itu disahkan oleh Presiden Persatuan Bola Sepak Perak (PAFA), Datuk Seri Abdul Puhat Mat Nayan, lapor BH Online.

“Shahrom dan Hafiz akan sertai latihan esok (hari ini),” katanya tanpa mendedahkan sebarang butiran mengenai kedatangan dua tonggak gergasi merah kuning itu ke Ipoh.

Begitupun, tindakan Sharom dan Hafiz memilih haluan berbeza itu bukan kejutan kerana memang sudah dijangka apabila masing-masing tidak melaporkan diri untuk latihan bersama pasukan Selangor bermula semalam.

Dengan kejayaan mendapatkan khidmat dua pemain Selangor itu bererti Perak berjaya membuat lima ‘tangkapan besar’ dalam usaha memperkuatkan pasukan.

Tiga lagi ialah Nazrin Nawi dan Jasazrin Jamaluddin dari Johor Darul Ta’zim serta Idris Ahmad dari Felda United FC.

=EZY=