Categories
GLOBAL

Duta Besar Rusia di Turki maut ditembak

ANKARA 20 DIS: Duta Besar Rusia ke Turki, Andre Karlov ditembak mati di sebuah galeri seni di Ankara.

Media antarabangsa melaporkan Karlov ketika itu sedang memberikan ucapan apabila dia ditembak dengan lapan das tembakan oleh seorang anggota polis.

Menurut laporan, penembak berusia 22 tahun melaungkan sokongan kepada Aleppo ketika kejadian.

Penembak, bagaimanapun ditembak mati oleh polis selepas kejadian.

Insiden turut dirakamkan jurufoto yang berada di lokasi untuk pelancaran pertunjukkan seni yang ditaja kedutaan Rusia.

Karlov menyertai perkhidmatan luar Rusia pada 1976.

Mendiang sebelum ini pernah menjadi duta ke Pyongyang, Korea Utara pada 2001 ke 2006, dan memulakan tugas di Turki pada 2013.

Sementara itu Presiden Turki, Recep Tayyib Erdogan berkata beliau mengutuk keras insiden tembakan itu dan provokasi bertujuan memusnahkan hubungan dua hala antara Turki dan Rusia ketika ini yang baru sahaja pulih.

=EZY=