Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Empat juta penduduk Lembah Klang alami gangguan bekalan air

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 16 DIS: Penduduk sekitar Lembah Klang membabitkan 3,892,641 juta pengguna air di kawasan itu bakal mengalami gangguan air bermula Isnin ini (19 Disember), kata Ketua Pegawai Eksekutif Suruhanjaya Perkhidmatan Air Negara (SPAN), Datuk Mohd Ridhuan Ismail.

syabas2Beliau berkata, jumlah tersebut melibatkan 707,759 akaun di 814 kawasan iaitu daerah Petaling, Klang, Shah Alam, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor, Kuala Selangor dan Kuala Lumpur.

Katanya, bekalan air dihentikan sementara bagi memberi laluan kerja penyelenggaraan sistem bekalan elektrik Tenaga Nasional Berhad (TNB) di Pencawang Masuk Utama Bukit Badong, Hulu Selangor.

“Kerja henti tugas TNB bermula jam 8 pagi hingga 12 malam dan mengambil masa selama 16 jam serta menjejaskan operasi di loji rawatan air utama Sungai Selangor yang membekalkan air kepada 60 peratus pengguna di Lembah Klang,” katanya dalam kenyataan.

Bagaimanapun, katanya, bekalan air dijangka pulih secara berperingkat selepas kerja penyelenggaraan selesai dijalankan.

Penduduk diminta mengambil langkah persediaan bagi memudahkan mereka menjalakan aktiviti harian seperti biasa.

“Pengguna yang ingin mendapatkan maklumat lebih terperinci berkenaan gangguan bekalan air ini boleh merujuk kepada laman sesawang www.syabas.com.my,” katanya.

-NFN-