Categories
SELANGOR

GeMS Ambang 2017 bawa tema konsert kemanusiaan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 31 DIS: GeMS Ambang 2017 terus bersemarak dengan persembahan Konsert Kemanusiaan oleh tujuh artis tempatan malam tadi.

Bertempat di Dataran Kemerdekaan, ia diacarakan penyanyi, Heliza Helmi dan penghebah radio IKIM FM, Suffian Amrin dengan persembahan dimulakan dengan kumpulan nasyid, In Team.

Turut menghiburkan, Ainan Tasneem, Muadz Dzulkefly, Rabbani dan Hafiz Hamidon.

Kemuncak konsert disempurnakan artis pemenang Lagu Terbaik Anugerah Industri Muzik (AIM) baru-baru ini, Faizal Tahir.

Kemunculannya menarik penonton untuk berpusu-pusu di hadapan pentas bagi menyaksikan secara dekat penyanyi yang turut aktif dengan aktiviti kemanusiaan itu.

GeMS Ambang 2017 bermula 29 Disember lalu dan bakal menutup tirai pada malam ini, 31 Disember 2016.

Acara penutup tirai malam ini dijangka melibatkan ramai penceramah bebas dan artis popular menerusi Sembang Santai dan Persembahan.

Antaranya, Ustaz Don Daniyal, Ustaz Elyas Ismail, Ustaz Haslin Baharin dan Ustaz Abdullah Khairi.

Artis terlibat termasuk Kumpulan Bocey, Fahrin Ahmad, Yana Samsudin, Aiman Tino dan Sufian Suhaimi.

=EZY=