Categories
KENYATAAN MEDIA

Henti tugas LRA akibat kerja selenggara pencawang elektrik TNB

Loji rawatan air (LRA) Sungai Selangor Fasa 1, 2 dan 3, akan henti tugas separa pada 19 Disember 2016 semasa TNB melaksanakan kerja penyenggaraandi Pencawang Bukit Badong.

Hentitugas separa initidak akan menjejaskan bekalan air di semua kawasan yang mendapat bekalan air daripada loji-loji tersebut.

Hanya kawasan-kawasan yang telah tersenarai di Jadual Bekalan Air yang dilampirkan bersama kenyataan media semalam akan mengalami gangguan bekalan air sewaktu dan selepas kerja-kerja penyenggaraan TNB.

Ketiga-tiga loji rawatan air masih beroperasi separa dengan penggunaan generator yang berupaya membekalkan kuasa elektrik di antara 50% hingga 60%.

Oleh yang demikian,pengeluaran air terawat di ketiga-tiga LRA tidak mencukupi untuk dibekalkan ke semua kawasan. Hanya kawasan-kawasan di Petaling, Klang/Shah Alam, Kuala Lumpur, Gombak, Kuala Langat, Hulu Selangor dan Kuala Selangor yang disenaraikan akan mengalami gangguan bekalan airbermula dari 19 sehingga 24 Disember 2016.

Pengguna dinasihati untuk menyimpan bekalan air secukupnya sebelum 19 Disember 2016.

Demi memastikan bekalan air diagihkan dengan lebih efisien setelah loji beroperasi semula, bekalan air akan diagihkan secara berjadual ke kawasan yang terlibat mengikut zon dari 19 sehingga 24 Disember 2016.

Bekalan air bantuan akan dihantar melalui lori tangki air ke zon yang masih mengalami gangguan bekalan air kerana paras air rendah di kolam takungan air. Penggunaboleh memohon bantuan bekalan air dengan menghantar SMS ke 15300dengan menaip: TANKER <jarak>Nama& Alamat.

Sila rujukwww.syabas.com.my, aplikasi telefon pintar “mySyabas”, Facebook“Air Selangor” atau Twitter “air_selangor” untuk mendapatkan maklumat terkini mengenai gangguan bekalan ini.

Segala kesulitan amatlah dikesali