Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

MB, Exco dan ADN hadir semakan kehakiman kes persempadanan semula SPR

OLEH NAZLI IBRAHIM

KUALA LUMPUR, 16 DIS: Dato’ Menteri Besar Selangor, Dato’ Seri Mohamed Azmin Ali hadir di Mahkamah Tinggi Sivil, di sini, untuk mengikuti dengan lebih dekat Permohonan semakan kehakiman permohonan pemohon untuk mendapatkan kebenaran perintah certiori, deklarasi, mandamus dan gantung prosiding berhubung isu persempadanan semula kawasan pilihan raya di Selangor.

Permohonan yang dibuat ke atas responden, Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR) itu didengar di hadapan Hakim Mahkamah Tinggi Sivil Azmi Adnan.

“Hari ini, saya dan barisan Ahli Majlis Mesyuarat Kerajaan Negeri dan Ahli Dewan Negeri (ADN) hadir untuk mendengar sendiri persidangan yang berjalan bagi permohonan menangguhkan proses bantahan (persempadanan) yang dibuat SPR.

azmin-mahkamah-1“Bagi Kerajaan Negeri, kita melahirkan jutaan terima kasih dan penghargaan kepada barisan peguam yang mengemukakan bantahan serta hujah yang cukup kuat. Saya kira amat meyakinkan,” kata Mohamed Azmin di perkarangan Mahkamah Tinggi Sivil, di sini, hari ini.

Mohamed Azmin berkata, mahkamah akan membuat keputusan, pada petang ini.

Sementara itu, beberapa Exco Kerajaan Negeri yang turut hadir, Amiruddin Shari, Elizabeth Wong, Dr Daroyah Alwi dan Ean Yong Hian Wah.

Selain itu, antara ADN yang hadir adalah Shuhaimi Shafiei yang juga merangkap Setiausaha Politik Menteri Besar, Dr Halimah Ali, Rodziah Ismail, Ng Tze Han, Hasbullah Mohd Ridzwan, Mohd Haslin Hassan dan Gan Pei Nei.

Manakala di sebelah petang, Ahli Parlimen Batu, Tian Chua turut kelihatan memasuki dewan perbicaraan.

-NFN-