Categories
SELANGOR

MDKS anjur Seminar Pemerkasaan Kerja Ubahsuai Bangunan

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 20 DIS: Orang awam yang terdiri daripada arkitek, pelukis pelan bangunan, kontraktor dan pemaju dijemput menyertai Seminar Pemerkasaan Kerja Ubahsuai Bangunan melalui Program Akreditasi Kontrak Ubahsuai (CNAR) 2016 anjuran Majlis Daerah Kuala Selangor (MDKS).

Menurut satu kenyataan MDKS, seminar bermula seawal jam 8.00 pagi itu diadakan bertempat di Grand Ballroom De Palma Inn, Kuala Selangor, pada 21 Disember ini.

Tujuan seminar diadakan adalah untuk berkongsi aspek pengubahsuaian bangunan yang mengikut spesifikasi yang ditetapkan MDKS.

Selain itu, seminar itu juga sebagai medan perkongsian info teknologi terbaru dalam sektor pembinaan.

Setiap peserta menerima 10 mata Program Pembangunan Kontraktor Secara Berterusan (CCD) dan terhad kepada 150 penyertaan.

Manakala bayaran pendaftaran adalah sebanyak RM120.

Orang ramai yang berminat boleh menghubungi Jabatan Kawalan Bangunan MDKS di talian 03 32891439 (ext.209).

=EZY=