Categories
SELANGOR

Paras empangan catat peningkatan memuaskan

OLEH HAFIZAN TAIB

SHAH ALAM, 13 DIS: Semua empangan air di Selangor mencatatkan bacaan memuaskan dan berada pada tahap selamat setakat awal pagi ini, seperti dilaporkan laman sesawang Lembaga Urus Air Selangor (LUAS), www.luas.gov.my

Empangan Sungai Selangor yang membekalkan keperluan bagi kira-kira 60 peratus pengguna, mencatat peningkatan dengan bacaan 54.81 peratus berbanding 52.75 peratus, minggu lalu.

Sehingga kini, operasi pemprosesan dan pengagihan bekalan air ke seluruh Selangor, Kuala Lumpur dan Putrajaya berjalan seperti sedia kala mengikut jadual.

Catatan bacaan bagi empangan lain ialah Langat dengan bacaan 78.64 peratus, Semenyih (77.71 peratus), Tasik Subang (67.14 peratus) dan Sungai Tinggi (61.29 peratus).

Ia diikuti Kolam Takungan Sungai Labu (ORS) (59.95 peratus), Klang Gates (52.77 peratus) dan Batu (46.28 peratus).

=EZY=