Categories
KENYATAAN MEDIA

Perutusan Hari Natal Presiden KEADILAN

OLEH DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL

Dalam kesempatan ini saya mewakili keluarga besar Parti Keadilan Rakyat merakamkan ucapan ‘Selamat Hari Natal’ kepada rakyat Malaysia yang beragama Kristian yang dirayakan esok (25 Disember).

Menjadi budaya kita di Malaysia, menyambut perayaan-perayaan dengan meriah dan penuh kegembiraan bersama keluarga, saudara-mara dan juga rakan taulan.

Raikanlah hari natal ini dengan semangat kekeluargaan dan saling menghargai antara keluarga dan sahabat handai.

Semangat memberi dan berkongsi adalah intipati perayaan Krismas. Apatah lagi dalam menghadapi badai norma baru ekonomi dunia yang telahpun melanda bumi Malaysia. Semangat memberi dan berkongsi amat ditagih.

Gunakanlah kesempatan musim perayaan ini untuk menziarahi rakan-rakan kita yang berlainan agama dalam usaha untuk saling kenal-mengenali dan menambah keakraban.

Ini adalah penting dalam usaha kita memelihara keharmonian yang menjadi teras negara kita yang majmuk. Keharmonian ini harus dipelihara dan dipertahankan.

DATUK SERI DR WAN AZIZAH WAN ISMAIL adalah Presiden KEADILAN