Categories
SELANGOR

Pulang kupon, dapat wang

OLEH NORHAYATI UMOR

SUBANG JAYA, 23 DIS: Pemegang kupon bergores letak kereta Majlis Perbandaran Subang Jaya (MPSJ), pada 2016 boleh mendapatkan semula wang daripada kupon yang belum digunakan.

Yang Dipertua MPSJ, Dato’ Nor Hisham Ahmad Dahlan berkata, pemulangan kupon terbabit boleh dilakukan bermula 27 hingga 30 Disember ini.

“Kupon yang hendak dipulangkan ini mesti dalam keadaan baik mengikut budi bicara MPSJ,” katanya dalam mesyuarat bulanan, di sini.

Nor Hisham berkata, pemulangan kupon hanya boleh dibuat di Ibu Pejabat MPSJ dan Godell Parking, di Seksyen 13.

Pada masa sama, MPSJ turut menggalakkan komuniti peniaga memperbaharui Lesen Perniagaan masing-masing secara atas talian (online) bagi mengelakkan kesesakan di kaunter pembaharuan yang disediakan.

ydp mpsjBeliau berkata, kaedah itu adalah cara terbaik selain kemudahan pembaharuan di Kaunter Bersepadu, Ibu Pejabat MPSJ, Kaunter Cawangan di Bandar Puteri dan Kaunter Cawangan Serdang Jaya yang beroperasi, pada 28 November hingga 31 Januari.

“Komuniti peniaga dinasihatkan memperbaharui lesen perniagaan masing-masing bagi mengelakkan tindakan penguatkuasaan diambil.

“Mereka boleh melayari laman sesawang MPSJ, www.mpsj.gov.my dan pendaftaran boleh dilakukan melalui my@mpsj,” katanya.

-AA-