Categories
SELANGOR

SAOW singgah Setia Alam dan Seksyen 36 hujung minggu ini

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 14 DIS: Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) bakal beroperasi di Seksyen U13 dan Seksyen 36 pada hujung minggu ini.

Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, SAOW terlebih dahulu singgah di perkarangan tempat letak kereta Tesco Setia Alam, Seksyen U13 pada 17 Disember ini (Sabtu) bermula dari jam 11 pagi hingga jam 5 petang.

Katanya, keesokan hari SAOW akan menemui pengunjung di tempat letak kereta Mydin Desa Latania, Seksyen 36 pada 18 Disember 2016 (Ahad) bermula dari jam 8 pagi hingga 1 petang.

“Ini merupakan platform disediakan MBSA untuk memudahkan orang ramai berurusan pada hari cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

“Antara lain, ia menyediakan kemudahan perkhidmatan seperti semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan dan pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan, jualan kupon parkir dan sebagainya.

“Melalui perkhidmatan ini, MBSA berharap dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat,” katanya dalam kenyataan.

Minggu lepas, SAOW berada di pasar raya Giants, Seksyen 18 bermula dari jam 11 pagi hingga jam 5 petang.

=EZY=