Categories
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

SEDAR bantu penurunan denggi MBPJ

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 22 DIS: Kes denggi di kawasan pentadbiran Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) menunjukkan penurunan kes 30 peratus bagi epid ke-49 berbanding tempoh sama, tahun lalu.

Timbalan Datuk Bandar, Johary Anuar berkata, MBPJ komited melaksanakan 40 program SEDAR (search and destroy aedes ranger team) di seluruh kawasan lokaliti wabak.

“Program ini membabitkan komuniti dan pekerja pembersihan kawasan untuk membantu MBPJ dalam mengawal wabak denggi,” katanya di sini, baru-baru ini.

????????????????????????????????????

Untuk rekod, MBPJ mencatatkan 5,401 kes denggi dengan enam daripadanya meninggal dunia dan DUN Bukit Lanjan mencatatkan kes tertinggi iaitu 1,325.

Katanya, ia diikuti dengan Seri Setia (1,203), Kota Damansara (1,070), Damansara Utama (566), Taman Medan (532), Bukit Gasing (404) dan Kampung Tunku (301).

“Lokaliti wabak hotspot pula di Pangsapuri Harmoni (30), Seksyen 4 (26), Sri Manja (24), SS 25 (9) dan Sri Meranti (8),” katanya..

Beliau turut menggesa penduduk supaya membuat pemeriksaan sendiri di kawasan kediaman masing-masing.

Katanya, hal itu kerana hasil pemeriksaan mendapati pembiakan nyamuk aedes adalah dari rumah bukan kawasan luar rumah.

“Saya berharap, orang ramai memberikan kerjasama kepada MBPJ bagi menurunkan lagi kes denggi,” katanya.

-NFN-