Categories
SUKANKINI

Standard Chartered bawa lagenda Liverpool ke Malaysia

OLEH AFIX REDZUAN

PUTRAJAYA, 15 DIS: Standard Charterd membawa empat lagenda kelab termuka Liga Perdana Inggeris, Liverpool kepada peminat di Malaysia.

Empat lagenda The Reds adalah Robbie Fowler, Patrick Berger, Vladimir Smicer dan Bruce Grobbelaar.

Ketua Perbankan Runcit Standard Chartered Bank, Aaron Loo berkata, penganjuran itu bertujuan mendekatkan peminat di Malaysia dengan pasukan Liverpool.

“Ini adalah masa terbaik membawa Liverpool dekat dengan peminat di Malaysia, tambahan sekarang sudah memasuki musim cuti,” katanya

Bagaimanapun, Aaron berkata, Standard Chartered tidak berhasrat membawa pasukan utama Liverpool dalam masa terdekat dan mungkin pada masa hadapan.

Pada masa sama, katanya, kehadiran lagenda Liverpool membuka peluang buat mereka menambah pengguna Standard Chartered.

unknown-1“Kita menyediakan sesuatu yang istimewa buat peminat. Kita berbelanja besar menyediakan Virtual Reality (VR) untuk memberi peluang kepada peminat merasai suasana di Stadium Anfield.

“Kita dari Standard Chartered juga memberikan banyak cenderahati buat peminat Liverpool khusus buat pelanggan kami,” katanya.

Berlangsung di Pusat Membeli Belah IOI City, Putrajaya, peminat berpeluang melihat lebih dekat Piala Liga Juara-Juara Eropah, jersi rasmi pasukan selain membeli-belah barangan Liverpool.

Sementara itu, lagenda Robbie Fowler menganggap peminat di Malaysia sangat hebat terutama dalam memberikan sokongan kepada Liverpool.

Bagi Berger, Liverpool berpeluang mencabar kejuaraan musim ini dengan syarat tidak melepaskan banyak mata dan pemain bebas daripada kecederaan.

-AA-