Categories
SUKANKINI

Vladimir Smicer anggap jaringan di Istanbul detik hebat

OLEH AFIX REDZUAN

PUTRAJAYA, 15 DIS: Bekas pemain tengah Liverpool, Vladimir Smicer menganggap jaringanya pada perlawanan akhir Liga Juara-Juara Eropah, pada 2005 di Istanbul, Turki sebagai detik terindah dalam kariernya.

Menurut pemain kelahiran Republik Czech itu, jaringanya membawa kepada kebangkitan Liverpool yang sebelum itu ketinggalan 3-0 kepada Ac Milan, pada babak pertama.

“Satu perasaan yang sangat hebat apabila berjaya menjaringkan gol kedua malam itu.

“Saya anggap ia satu perlawanan yang gila dan akhirnya kami memenanginya buat kali kelima,” katanya pada sesi soal jawab bersama media di Pusat Membeli-belah IOI City Putrajaya.

Smicer adalah penjaring gol kedua Liverpool menerusi rembatan jarak jauh untuk menewaskan Dida di gawang Milan.

Liverpool berjaya bangkit mengikat perlawanan 3-3 sebelum menang menerusi sepakan penalti 3-2, sekali gus dinobatkan selaku juara eropah buat kali kelima dalam sejarah.

-AA-