Categories
SELANGOR

UNISEL hantar pelajar ke Jepun

OLEH SYASYA SUFIAN

SHAH ALAM, 5 DIS: Universiti Selangor (UNISEL) terus mengorak langkah mengembangkan sistem pendidikan dengan menerbangkan pelajarnya ke Jepun dalam program pengantarabangsaan.

Pengarah Komunikasi Korporat UNISEL, Hasril Abu Hassan berkata, program di bawah tajaan Exco Pendidikan itu menyaksikan pelajar terdiri daripada Majlis Perwakilan Pelajar (MPP) untuk melawat dua universiti di Jepun iaitu University of Tokyo dan Waseda University.

“Delegasi UNISEL akan berada di Jepun selama lima hari bermula 6 hingga 10 Disember ini .

“Tujuan lawatan ini adalah untuk melihat sistem pendidikan di kedua-dua universiti itu,” katanya dalam kenyataan.

Selain itu, pelajar turut berpeluang mempelajari budaya masyarakat Jepun daripada aspek pendidikan juga adat resam.

-AA-