Categories
BERITA UTAMA SELANGOR

Ahli Majlis perkasa khidmat PBT

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 16 JAN: Satu Bengkel Pemerkasaan Peranan Ahli Majlis dan pihak berkuasa tempatan (PBT) berjaya dianjurkan bertempat di Restoran Sin Ming Kee, Sekinchan, pada 11 Januari lalu.

Ng Suee Lim (1)Bengkel selama sehari bermula dari jam 10 pagi dan berakhir 4.00 petang itu disertai 35 peserta seluruh PBT di Selangor.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim berkata, penganjuran pertama kali itu merupakan program pertukaran buah fikiran dalam kalangan Ahli Majlis di Selangor terutama dalam usaha memantapkan lagi penyampaian dasar Kerajaan Negeri dan PBT kepada masyarakat.

“Saya menekankan betapa pentingnya peranan Ahli Majlis dalam membantu memperkasakan perkhidmatan kerana mereka berperanan menyampaikan maklumat dan program Kerajaan Negeri kepada rakyat.

“Ahli Majlis bukan sahaja menjadi wakil atau memantau kawasan semata-mata sebaliknya mereka perlu memainkan peranan yang lebih mendalam supaya persepsi rakyat terhadap PBT sentiasa baik,” katanya.

Katanya, bengkel yang turut dihadiri Ahli Parlimen Batu, Tian Chua juga memberi peluang kepada Ahli Majlis berkongsi pengalaman sepanjang perkhidmatan bersama PBT dan Kerajaan Negeri.

-NFN-