Categories
SELANGOR

Banjir: 152 penduduk dipindah di Sabak Bernam

SABAK BERNAM 24 JAN: Seramai 152 penduduk daripada 45 keluarga di Sungai Lang dan Parit Baru di sini, dipindahkan ke pusat pemindahan banjir selepas air naik di beberapa kawasan sejak malam tadi.

Penolong Pengarah Operasi Jambatan Bomba dan Penyelamat Selangor, Mohd Sani Harul berkata, daripada jumlah berkenaan, seramai 78 mangsa ditempatkan di Dewan Sri Bernam di Sungai Besar manakala 74 lagi di Dewan Parit Baru.

“Daripada jumlah berkenaan, 22 adalah warga emas, selain masing-masing tiga bayi dan orang kurang upaya (OKU) terpaksa berlindung di pusat pemindahan banjir yang dibuka.

“Air naik kira-kira 60 sentimeter di kawasan Sungai Air Tawar, Parit Baru dan Sungai Lang sejak malam tadi,” katanya lapor BH Online.

Beliau berkata, air masih belum surut di kawasan berkenaan dan Bilik Gerakan Bencana Daerah Sabak Bernam serta Bilik Gerakan Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Sabak Bernam sudah digerakkan bagi menangani bencana itu.

 

16114607_1304068853006166_6433909106183827021_n

16143259_1265959136775464_7904463008182319427_n

 

16174718_1265959163442128_5199639812396126452_n

 

 

GAMBAR: Angkatan Pertahanan Awam Negeri Selangor

=EZY=