Categories
NASIONAL

Dewan Pemuda PAS kesal sekatan Trump

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 JAN: Dewan Pemuda PAS yakin sekatan imegresen dikenakan Presiden Amerika Syarikat (AS), Donald Trump merupakan langkah awal negara itu ke arah pelbagai lagi tindakan berbentuk diskriminasi.

Timbalan Ketua Dewan Pemuda PAS, Muhammad Khalil Abdul Hadi berkata, tindakan itu juga bakal meningkatkan sentimen Islamofobia terhadap minoriti Muslim di AS dan seluruh dunia.

Katanya, ia sekaligus meningkatkan momentum Islamofobia global hingga mempengaruhi pihak lain terutama beberapa negara Eropah yang bakal mengadakan pilihan raya tahun ini.

“Dewan Pemuda PAS Malaysia kesal tindakan Donald Trump mengeluarkan arahan eksekutif menyekat kemasukan warga tujuh negara Islam ke AS.

“Tanpa bukti dan kajian, Trump menyemarakkan lagi sentimen haluan kanan ekstrem di AS yang disambut sebilangan orang awam sebagai pengesahan terhadap sentimen anti Muslim,” katanya dalam kenyataan.

Republican presidential candidate Donald Trump speaks to supporters as he takes the stage for a campaign event in Dallas, Monday, Sept. 14, 2015. (AP Photo/LM Otero)

Pada 28 Januari lalu, Reuters melaporkan Presiden AS, Donald Trump mengeluarkan arahan membekukan kemasukan pelarian selama empat bulan terhadap warga Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman, sekurang-kurangnya 90 hari.

Sehubungan itu, Muhammad Khalil menyeru dunia Islam dan pihak rasional bertegas menentang kempen terhadap Islam yang dicetuskan pentadbiran Trump.

“Tindakan Trump ini ialah hanyalah sebahagian kempen menyekat kemaraan Islam dengan cara meningkatkan dan menyebarkan lagi sentimen buruk terhadap Islam dan umatnya,” katanya.

Pada 28 Januari lalu, Reuters melaporkan Trump mengeluarkan arahan membekukan kemasukan pelarian selama empat bulan terhadap warga Iran, Iraq, Libya, Somalia, Sudan, Syria dan Yaman, sekurang-kurangnya 90 hari.

Sejak Trump memenangi Pilihan Raya Presiden pada 8 November 2016, serangan Islamofobia terhadap minoriti di AS dilaporkan.

Sebelum ini, Southern Poverty Law Center berkata, terdapat 867 serangan dan gangguan dilaporkan dalam tempoh 9 hingga 29 November tahun lalu.

-nR-