Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Khidmat Malaysia mohon bantuan sukarelawan dan sumbangan

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 30 JAN: Pengurusan Bencana dan Kecemasan Malaysia (Khidmat Malaysia) mohon bantuan orang ramai bagi melancarkan urusan bantuan mangsa banjir, di Pahang.

Ketua Pengarahnya, Dato’ Iskandar Abdul Samad berkata, bantuan berbentuk tenaga sukarelawan dan barangan dialu-alukan.

“Khidmat Malaysia sedang menguruskan operasi membantu mangsa banjir di Pahang.

Banjir sabak“Agensi di bawah Khidmat Malaysia, pertubuhan bukan kerajaan dan orang ramai boleh menghubungi nombor disediakan jika berhasrat membantu atau membuat sumbangan,” katanya dalam kenyataan.

Orang ramai boleh menghubungi Pengarah Khidmat Malaysia Pahang, Hasanuddin di talian 012-6115768, Othman Kathiran di Temerloh (013-9223268), Mohd Yusof Harun di Bera (019-2498747), Ramli A Rahman di Maran (013-9962172) dan Abu Kassim Manaf (019-9513851) atau Nazaha (013-9441298) di Pekan.

Setakat pagi ini, seramai 5,640 mangsa dari 1,454 keluarga di Pahang masih ditempatkan di 80 Pusat Pemindahan Sementara (PPS) di Temerloh, Maran, Pekan, Jerantut, Lipis dan Rompin.

Temerloh mencatatkan bilangan mangsa paling ramai dengan 2,209 mangsa.

-NFN-