Categories
NASIONAL PENDIDIKAN

Jelajah Pendidikan Percuma penyelesaian kemelut PTPTN

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SHAH ALAM, 17 JAN: Angkatan Muda Keadilan Malaysia memulakan Jelajah Pendidikan Percuma Penyelesaian Kemelut PTPTN dengan melaksanakan forum pada 18 Januari ini.

Ketua AMK, Nik Nazmi Nik Ahmad berkata, forum itu membincangkan isu kemelut PTPTN yang semakin serius dengan kadar pembayaran semula PTPTN yang rendah dan pemotongan peruntukan Institut Pengajian Tinggi Awam (IPTA) yang tinggi.

“PTPTN tidak lagi mampu memberi pembiayaan penuh kepada pelajar menjadikan rakyat sebagai mangsa. Kegagalan PTPTN memberikan kesan besar dalam melahirkan generasi muda yang berpendidikan.

15941402_10154757764270295_4354218770510525526_n“Bagi jangka masa panjang, jelas sekali PTPTN tidak boleh bertahan. Penyelesaiannya adalah pendidikan percuma untuk semua IPTA. Ini bukan angan-angan kosong tetapi realiti seperti di Finland, Sweden, Norway, Jerman dan Scotland,” katanya dalam kenyataan.

Forum pertama akan berlangsung di Rumah Gerak Budaya, Seksyen 11, Petaling Jaya, bermula jam 8.30 malam pada 18 Januari ini.

Selain Ketua AMK merangkap EXCO Pendidikan Selangor, Nik Nazmi Nik Ahmad, antara para panelis lain adalah Pensyarah Universiti Islam Antarabangsa (UIA), Dr Maszlee Malik, Mahasiswa KEADILAN, Affendy Hasni dan dari Malaysia Youth & Student Democratic Movement (DEMA), CM Chew.

Tambahnya lagi, seterusnya, AMK mengadakan forum sama beberapa negeri lain antaranya di Johor Bharu, Kuantan, Pulau Pinang dan Kota Kinabalu.

=EZY=