Categories
SUKANKINI

Jurulatih Red Giants lega dapat ikat MU

SHAH ALAM 28 JAN: Keputusan seri 1-1 dengan Melaka pada perlawanan kedua Liga Super 2017 di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dianggap keputusan baik berdasarkan pasukan lawan itu dibarisi pemain berkualiti.

Jurulatih Red Giants, P Maniam berkata Melaka menguasai permainan pada separuh masa pertama dengan baik.

“Apapn sudah tentu ia keputusan baik buat Selangor dapat mengutip satu mata. Sekali lagi ingin saya katakan yang Melaka salah satu pasukan terbaik,” kata P Maniam dipetik laman sesawang FAS Selangor.

Selangor kini berada di tangga ketiga Liga Super 2017 dengan mengutip empat mata dibelakang Pahang dan Johor Darul Takzim.

Selepas ini Selangor bakal tertemu dengan PKNS FC pada 4 Februari ini.

=EZY=