Categories
SELANGOR

Mangsa hilang di Bukit Broga ditemui selamat

SHAH ALAM 28 JAN: Pencarian Mohd Azarul Mukriz Abd Rahman yang dilaporkan hilang ketika mendaki Bukit Broga, Semenyih, dekat sini, Ahad lalu, dilaporkan berjaya ditemui dalam keadaan selamat hari ini pada jam 11.30 pagi.

Mohd Azarul Mukriz Abd Rahman yang berasal dari Kedah dikatakan mendaki bukit berkenaan bersama enam lagi rakannya sebelum dilaporkan hilang.

Sebelum ini, radius operasi mencari dan menyelamat (SAR) Mohd Azarul sejak 22 Januari lalu diperluaskan kepada 18 kilometer persegi.

cariMalahan operasi mencari dan menyelamat itu turut disertai ibunya Rohana Saad, 49, yang mengharapkan anaknya ditemui dalam keadaan selamat dan sihat.

Terdahulu, video Rohana mendaki Bukit Broga untuk mencari anaknya itu tular di laman sosial selepas dimuat naik oleh salah seorang sukarelawan yang turut berada di situ.

Video berdurasi 18 saat itu menunjukkan Rohana memanggil anaknya dengan nada sayup, sekali gus menyentuh perasaan pengguna laman sosial.

 

GAMBAR: Twitter 

=EZY=