Categories
ALAM SEKITAR & CUACA

MeT: Ribut petir di perairan Selangor

SHAH ALAM 31 JAN: Ribut petir dijangka berterusan hingga pagi ini di perairan Perak, Selangor dan Sarawak lapor Jabatan Meteorologi Malaysia (MetMalaysia).

MetMalaysia dalam memberi amaran keadaan itu menyebabkan angin kencang hingga 50 kilometer sejam (kmsj) dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil.

“Ribut petir juga berlaku di perairan Selat Melaka dan Reef South dan dijangka berterusan hingga pagi ini.

“Ia boleh menyebabkan angin kencang hingga 50 kmsj dan laut bergelora dengan ombak mencapai ketinggian hingga 3.5 meter (11 kaki) dan berbahaya kepada bot-bot kecil,” katanya.

Sementara itu, keadaan cuaca pada sebelah pagi di Semenanjung dilaporkan hujan di satu dua tempat di kawasan pantai Kelantan, Terengganu, Pahang dan Johor.

Pada sebelah petang, hujan dan ribut petir dijangka di satu dua tempat di semua negeri di Semenanjung.

Sementara itu Unit Pengurusan Bencana Selangor dalam kenyataannya jam 9 pagi ini menyatakan terdapat tiga pusat pemindahan banjir dibuka dengan mangsa dipindahkan berjumlah 206 mangsa daripada 48 keluarga.

SABAK BERNAM – BANJIR

1. Dewan Seri Bernam – Aktif
Tarikh buka : 23/1/17
Jumlah Keluarga – 2
Jumlah Mangsa – 5

SEPANG – BANJIR

1. Dewan Taman Gemilang – Aktif
Tarikh buka : 30/1/2017
Jumlah Keluarga – 28
Jumlah Mangsa – 135

2. Dewan Orang Ramai Kg. Ampar Tenang – Aktif
Tarikh buka : 30/1/2017
Jumlah Keluarga – 18
Jumlah Mangsa – 66
=EZY=