Categories
BERITA UTAMA NASIONAL

Persempadanan SPR, Selangor paling terjejas

OLEH ERMIZI MUHAMAD

SHAH ALAM, 21 JAN : Selangor didakwa menjadi antara negeri paling terkesan dengan cadangan persempadanan semula Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR).

Peguam prosiding bantahan persempadanan semula negeri, Datuk Cyrus Dass berkata, ia susulan perbezaan komposisi pembahagian pengundi bagi setiap Dun dan kawasan Parlimen negeri yang dibuat dalam cadangan persempadan baru itu.

“Seperti Sri Andalas apa yang merupakan kawasan yang berbilang kaum kini telah menjadi majoriti kaum sahaja.

Dato_CyrusDas“Enam daerah mengundi dalam kawasan Parlimen Selayang berpindah ke Bukit Lanjan semua stesen ini adalah pro-Pakatan.

“Enam kawasan pengundian adalah mengundi Pakatan Rakyat dan penyingkiran mereka hanya akan meningkatkan prestasi BN dalam PRU akan datang,” katanya dipetik MalaysiaKini pada prosiding Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur, semalam.

Enam kawasan itu adalah Petaling Jaya Utara dinamakan Damansara (84,456 kepada 150,439), Serdang dinamakan Bangi (139,013 kepada 146,168) dan Klang (98,285 kepada 141,275).

Selain itu Petaling Jaya Selatan (78,404 kepada 129,363), Subang (101,603 kepada 128,330) dan kota Raja (110,082 kepada 121,126).

Sementara itu, Peguam Latheefa Koya dalam kenyataannya kepada SelangorKini semalam berkata, SPR melanggar prinsip ‘approximately equal’ membabitkan faktor keluasan jajaran pengundi bagi setiap pusat pengundian negeri.

Latifah Koya“SPR tidak mnghiraukan syor laporan Jawatankuasa Parlimen 2012 bagi pilihanraya telah melanggari prinsip sedia ada.

“Ia turut menyamai pelanggaran garisan sempadan terutamanya dalam kawasan-kawasan Parlimen yang sangat besar di Selangor,” katanya.

Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur semalam menangguhkan keputusan permohonan Kerajaaan Negeri mengenepikan cadangan proses persempadan semula Selangor yang dicadangkan Suruhanjaya Pilihan Raya (SPR), 24 Januari depan.

Hakim Mahkamah Tinggi, Azizul Azmi Adnan berkata, penangguhan dibuat bagi membenarkan proses hujahan diteruskan sebelum sebarang keputusan dibuat pihak mahkamah.

-nR-