Categories
SELANGOR

TAWAS semakin popular, catat keahlian lebih 250,000

OLEH NAEEM RAFFI

SHAH ALAM, 21 JAN: Angka penyertaan anak kelahiran Selangor dalam skim Tabung Warisan Anak Selangor (TAWAS) terus meningkat kepada 258,530 sejak dilancarkan pada Jun 2008.

Semakan SelangorKini di laman sesawang rasmi TAWAS mendapati 258,253 masih hidup sementara 277 sudah meninggal dunia.

Pendaftaran ahli tertinggi dicatatkan bagi tahun kelahiran 2013 dengan 38,928 lulus permohonan.

Sementara itu, jumlah pendaftaran terendah dicatatkan ahli bagi tahun kelahiran 2008 iaitu 21,32o sahaja.

Bagi 2016, lebih 24,148 permohonan diterima, namun 19,370 yang lulus.

tawasDaripada pecahan kaum, Melayu mendahului dengan 173,785 ahli (67%) diikuti Cina 48,051 ahli (19%) sementara India 29,376 ahli (11%) dan lain-lain 7,041 ahli (3%).

Dalam perkembangan lain, seramai 120,224 ahli sudah menerima penyata, manakala baki 138,029 belum.

Setiap ahli TAWAS layak menerima RM1,500 apabila mereka mencecah usia 18 tahun.

Bermula Mac 2014, Skim Khairat Kematian TAWAS pula diperkenal sekali gus membolehkan waris menerima RM1,500 sekiranya ahli meninggal dunia sebelum mencapai usia 18 tahun.

Untuk maklumat lanjut dan pendaftaran, orang ramai boleh ke laman sesawang TAWAS di http://www.tawas.org.my.

-nR-