Categories
SELANGOR

Qiamullail, bantu rakan tips kejayaan pelajar cemerlang SMA 2016

OLEH AFIX REDZUAN

SABAK BERNAM, 20 JAN: Berkat mengamalkan qiamullail menjadi kunci kejayaan pelajar cemerlang keseluruhan Sekolah Menengah Agama (SMA) Negeri Selangor kategori lelaki, Muhammad Aimi Shariman Nor Hisham, 16 apabila memperoleh keputusan 99.7 peratus.

Pelajar SAM Bestari itu berkata, tumpuan semasa proses pembelajaran terutama menghafal nota penting turut memainkan peranan di atas kejayaan beliau.

“Saya bahagikan masa antara akademik dengan azhari. Menjelang peperiksaan saya lebihkan azhari.

unknown (1)“Dengan berkat doa ibu bapa, guru dan rakan-rakan, alhamdulillah saya memperoleh kejayaan 99.7 peratus,” katanya.

Menurut anak keempat daripada enam beradik pasangan Norhisham Adanan, 52 dan Julina Ibrahim 48 itu, beliau akan memberikan tumpuan kepada peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM, namun belum membuat keputusan untuk menduduki peperiksaan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM).

Bagi Hannah Mumtazah Ahmad Murshidi, 17, beliau beranggapan kejayaan memperoleh 99.5 peratus dalam peperiksaan SMA didorong oleh sikapnya yang sentiasa membantu kawan-kawan dalam sesi pembelajaran.

unknown (2)Berkongsi tips kejayaan, anak pasangan Ahmad Murshidi Ab Hamid, 44 dan Hasfariza Abu Hassan, 43, berkata beliau selesa belajar secara berkumpulan disamping membantu mengajar kawan-kawan yang kurang mahir dalam pelajaran.

“Jangan pernah berhenti menolong kawan-kawan lain. Bila kita di atas, jangan lupakan kawan-kawan di bawah.

“Mungkin berkat doa kawan-kawan turut menyumbang kepada kejayaan ini,” katanya.

Menurut anak sulung daripada dua beradik itu, beliau yang juga pelajar cemerlang keseluruhan bagi kategori perempuan menyimpan hasrat untuk melanjutkan pengajian ke Morocco dalam bidang Pengajian Islam.

-nR-