Categories
SUKANKINI

Red Giants berjaya ikat MU di saat akhir

SELAYANG 28 JAN: Red Giants berjaya mengikat pendatang bru Laiga Super, Melaka United di Stadium Majlis Perbandaran Selayang dengan jaringan 1-1 selepas ketinggalan satu gol di Stadium Majlis Perbandaran Selayang.

Selangor yang berjaya mencatat kemenangan 2-0 ke atas Pulau Pinang di stadium sama pada perlawanan pertama Sabtu lalu kini mengumpul empat mata selapas dua perlawanan.

Perlawanan babak pertama tampak menarik dengan kedua-dua pasukan saling berbalas serangan.

Peluang terbaik Selangor muncul pada minit ke-36 menerusi rembatan deras S Veenod yang berjaya di tepis penjaga gol Melaka United, Badrulzaman Abd Halim.

Melaka United terlebih dahulu memecah kebuntuan selepas rembatan deras Muhammad Khairul Azrin Khazali dari luar kotak penalti pada minit ke-69 gagal diselamatkan Norazlan.

Tindakan jurulatih Selangor, P Maniam memasukkan Victor Stelian Astafei pada minit ke-53 membuatkan hasil apabila pemain itu meledak gol penyamaan buat The Red Giants ketika perlawanan berbaki sembilan minit.

Semangat melawan dan tidak pernah kenal erti tewas Selangor hampir mendapat gol kemenangan pada minit ke-90, namun tandukan Razman Roslan yang berpunca dari sepakan sudut sedikit melepasi palang gol dan keputusan 1-1 kekal hingga wisel penamat.

=EZY=