Categories
NASIONAL

Ringgit didagang RM4.46 berbanding dolar AS

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 13 JAN: Nilai ringgit susut berbanding dolar Amerika Syarikat (AS), pada kadar 4.460/4650 hari ini berbanding 4.4560/4600, semalam.

Ringgit diniaga lebih tinggi berbanding dolar Singapura kepada 3.1217/1259 dan lebih baik berbanding yen kepada 3.8762/8809 daripada 3.9067/9113.

Unit tempatan itu mengukuh berbanding euro kepada 4.7312/7383 daripada 4.7407/7468 dan tinggi berbanding pound British kepada 5.4189/4259 daripada 5.4657/4711.

Sebahagian besarnya disebabkan kekurangan permintaan menjelang hujung minggu, kata peniaga.

Peniaga berkata, walaupun ringgit sedikit rendah, ia dijangkakan akan meningkatkan momentum positif sekurang-kurangnya untuk tempoh pendek.

ringgit“Secara keseluruhan, dolar AS masih lemah, terima kasih kepada bakal Presiden AS, Donald Trump kurang jelas berkenaan dasar fiskalnya,” katanya.

Beliau berkata, mata wang ekonomi baharu muncul juga berada pada momentum positif yang boleh mempengaruhi pasaran mata wang Malaysia.

Sementara itu, Reuters melaporkan harga minyak kekal kukuh pada Jumaat disokong laporan berkenaan butiran pemotongan pengeluaran OPEC, walaupun keraguan berhubung pematuhan pengeluar masih wujud dengan sasaran pengurangan bekalan mengimbangi pasaran.

Niaga hadapan minyak mentah AS West Texas Intermediate (WTI) diniagakan kepada AS$53.01 setong pada 0052 GMT, tidak berubah daripada penutup terakhirnya.

Niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan 1.8 peratus lebih tinggi kepada AS$56.11 setong.

-AA-