Categories
BERITA UTAMA SELANGOR SUKANKINI

Safee Sali dan Ronaldinho perlu pertajamkan penyudah

OLEH AFIX REDZUAN

SHAH ALAM, 26 JAN: Jurulatih PKNS FC, E Elavarasan berharap gandingan Safee Sali dan Patrick ROnaldinho Wleh mampu mempamerkan keserasian pada aksi kedua Liga Super bertemu Kelantan, esok (28 Januari).

PKNS FC (2)Katanya, kebangkitan bahagian serangan penting selepas mereka banyak melepaskan peluang menjaringkan gol ketika bertemu Felda United, pada 21 Januari lalu.

“Berkemungkinan besar gandingan ini dikekalkan kerana belum ada persefahaman. Kita kena faham, mereka baru kembali bersama pasukan dan saya mengharapkan keserasian mereka dapat dibentuk dengan pantas,” katanya.

Beliau berkata demikian ketika dihubungi SelangorKini bagi mengulas persiapan PKNS FC menjelang perlawanan kedua di Stadium Shah Alam, esok.

Elavarasan berkata, beberapa persiapan rapi dibuat bagi memantapkan pasukan khususnya di bahagian pertengahan dan tengah supaya seimbang serta tidak mempersiakan peluang di hadapan gol.

Mengulas keadaan cuaca yang tidak menentu sejak kekelakangan ini, beliau mengharapkan ia tidak menjejaskan rentak permainan kedua-dua pasukan yang mahu memburu kemenangan pertama musim ini.

-NFN-