Categories
BERITA UTAMA PBT SELANGOR

Shah Alam On Wheel di AEON Bukit Rimau 7 Januari

OLEH LIZAWATI MADFA

SHAH ALAM, 5 JAN: Pejabat Bergerak ‘Shah Alam On Wheel’ (SAOW) bakal beroperasi di perkarangan tempat letak kereta AEON Bukit Rimau, Seksyen 32, di sini, pada 7 Januari ini.

MBSA03Ketua Bahagian Korporat dan Perhubungan Awam Majlis Bandaraya Shah Alam (MBSA), Shahrin Ahmad berkata, ia memberi peluang kepada orang ramai berurusan pada cuti hujung minggu tanpa perlu hadir ke kaunter.

Katanya, ia menawarkan perkhidmatan semakan dan pembayaran cukai taksiran, semakan serta pembayaran kompaun tempat letak kereta, kaunter aduan juga jualan kupon parkir.

“Diharap orang ramai dapat mengambil peluang ini untuk mempermudahkan urusan mereka di MBSA.

“Pada masa sama, kami juga berharap inisiatif ini dapat memantapkan lagi sistem perkhidmatan MBSA untuk manfaat masyarakat,” katanya.

Waktu pengoperasian pejabat bergerak itu bermula dari jam 11 pagi hingga jam 5 petang.

Pada 2014, SAOW mula diperkenal bagi memberi kemudahan kepada orang ramai berurusan di luar hari bekerja iaitu pada hujung minggu.

Tumpuan SAOW adalah di lokasi tumpuan orang awam seperti di pusat membeli belah seperti TESCO, Giant, AEON dan lokasi lain.

-NFN-