Categories
SELANGOR YB ACTIVITIES

ADN Sekinchan adakan program santai bersama masyarakat

OLEH NORHAYATI UMOR

SHAH ALAM, 8 FEB: Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim komited membantu golongan kurang berkemampuan dengan mengadakan program makan percuma.

Katanya, program santai sambil menikmati hidangan itu akan diadakan secara berkala mengikut kesesuaian.

Beliau berkata golongan itu berpeluang menikmati makanan percuma di restoren makanan segera sekitar Sekinchan.

“Mungkin bagi berkemampuan mereka boleh pergi bila-bila masa saja, tapi bayangkanlah jika ada yang tidak pernah jejak kaki di sini akibat kekangan kewangan.

“Saya akan memilih masa sesuai untuk bawa mana-mana keluarga yang hidup daif untuk diraikan di mana-mana restoren makanan segera di sini,” katanya.

Sekinchan terkenal dengan produk agro pelancongan itu kini mempunyai beberapa restoren makanan segera.

=EZY=