Categories
SELANGOR

Bila pemimpin ‘gila’, rakyat sengsara

SHAH ALAM, 1 FEB: Polisi ‘gila’ yang diamalkan pemerintah hari ini menyebabkan rakyat khusunya golongan bawahan terus tertindas dan terpaksa menanggung kos sara hidup tinggi.

Ahli Dewan Negeri (ADN) Kota Anggerik, Dr Yaakob Sapari berkata, rakyat diasak dengan pelaksanaan Cukai Barangan dan Perkhidmatan (GST), subsidi ditarik, kehilangan wang dalam 1Malaysia Development Berhad (1MDB) juga rasuah yang tidak terkira.

“Di Malaysia, pemimpin gila terlalu berkuasa. Dipecat Peguam Negara dan timbalannya, termasuk sesiapa sahaja yang melawannya.

“(Pemimpin juga mengamalkan) gaya hidup mewah dan membazir hingga mengakibatkan ringgit terus menjunam serta ekonomi negara mengecut.

“Harga barang melambung tinggi, rakyat merana menanggung kos sara hidup tinggi, malahan ribuan hilang pekerjaan,” tulisnya di Facebook.

YAAKOBYaakob berkata, keadaan sama turut berlaku di Iraq suatu ketika dahulu yang memiliki Presiden ‘gila’ perang dengan negara jiran hingga wang minyak habis digunakan bagi tujuan itu.

Katanya, ia juga berlaku di Syria yang memiliki pemimpin gila kuasa hingga sanggup berperang dengan rakyat sendiri dan menyebabkan kebanyakan daripada mereka menjadi pelarian.

“Di mana pun dalam dunia, apabila pemimpin gila, rakyat hidup merana.

“Apa wajib kita lakukan? Hebahkan pada kawan-kawan. Rakyat mahu perubahan,” katanya.

-AA-