Categories
GLOBAL

Gempa bumi kuat 6.6 skala gegar Fiji

SHAH ALAM 25 FEB: Gempa bumi kuat bermagnitud 6.6 skala richter melanda selatan Kepulauan Fiji, awal pagi ini, lapor Jabatan Meteorologi Malaysia.

Gempa pada jam 1.28 pagi itu berpusat di 672 kilometer (km) dari tenggara Laucala, Fiji dan 7,516 km tenggara Semporna, Sabah.

Bagaimanapun, kenyataan itu menyebut gempa itu tidak membawa ancaman tsunami di Malaysia.

“Berdasarkan lokasi dan magnitud, gempa bumi ini dijangka tidak menghasilkan tsunami yang memberi kesan kepada pantai Malaysia,” katanya.

=EZY=