Categories
SELANGOR

Suee Lim cabar Jamal bertanding secara adil & telus

OLEH SYAZWANI SUFIAN

SEKINCHAN, 25 FEB: Ahli Dewan Negeri (ADN) Sekinchan, Ng Suee Lim mencabar Ketua Umno Bahagian Sungai Besar, Datuk Jamal Md Yunos untuk bertanding pada Pilihan Raya Kecil (PRK) kawasan itu secara adil dan telus.

Suee Lim berkata, jika Jamal ingin bertanding di kawasan beliau, haruslah bertanding secara adil bukan dengan membawa ‘pengundi hantu’ untuk menang.

“Saya tiada masalah kalau Jamal mahu bertembung dengna Jamal pada pilihan raya akan datang. Kalau lawan secara anak jantan, saya tunggu pada bila-bila masa sahaja saya bersedia.

“Tetapi kalau beliau menggunakan cara yang kotor dan jijik dengan konspirasi terancang dengan memunggah pengundi hantu masuk ke sini, perkara ini sesuatu yang harus dikutuk dan tidak sewajar berlaku kerana bercanggah dengan prinsip demokrasi,” katanya ketika sidang media di pejabatnya di sini, semalam.

Suee Lim mendakwa 75 peratus pengundi baru dan pertukaran alamat dibawa Jamal bagi membawa kemenangan Barisan Nasional (BN) dikawasan Sekinchan.

“Cara beliau memunggah pengundi ke sini telah menafikan hak rakyat untuk memilih wakil rakyat mereka kerana jika ramai orang luar masuk keputusan nanti bukan atas dasar pilihan rakyat tempatan.

“Kita bongkar semua ini supaya rakyat tahu niat jahat BN dan Jamal memilih kawasan Sekinchan kerana saya adalah musuh ketat Jamal untuk dikalahkan,” katanya.

Tambahnya lagi, Suee Lim mengemukakan 1,191 bantahan dan gerak kerja ‘task force’ dilaksanakan bagi terus mengesan pengundi hantu di kawasan itu.

“Kita tidak mahu satu penipuan berlaku dalam pilihan raya akan datang,” katanya.

=EZY=